"Selepas menjadi ghostwriter, ia memberi saya pilihan mencari pendapatan di luar waktu kerja. Hajat agar suami merasa air tangan (masakan) lebih kerap akhirnya tercapai.

Tidak ada lagi separuh usia di atas jalan raya dan terpaksa pulang lewat kerana bos suruh."

Iera Yusoff, ghostwriter kelas A di Malaysia

Ini bukan bengkel bulanan. Bengkel ini bukan kuantiti tetapi kualiti.

Kelas dibuka semula hanya selepas berjaya menghasilkan peserta yang berjaya mendapat klien.

Baca lebih lanjut sehingga titik akhir

Ghostwriter /ˈɡəʊstrʌɪtə/

Penulis bayangan atau penulis yang diupah oleh klien untuk menulis bagi pihak mereka. Tidak kurang 20 jenis projek penulisan. Ada sekecil surat rasmi sehingga buku tokoh.

Masterclass Bisnes Perkataan

Menjadi Ghostwriter Dari Dua ke Lima Angka

Kuasai seni menulis sekali, buat duit berkali-kali

20/4/2019

Sabtu bulan April

9.00 - 5.00

Pagi dan petang

Lokasi

Akademi Penulisan Must Read

40-2, Jalan Wangsa Setia 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze

Klik di sini 

https://www.google.com/maps/@4...

"Terima klien dua kali berturut-turut."

Alumni, Suhana Salleh, ghostwriter penulisan artikel untuk bisnes, blog, individu dan organisasi.

"Berita Awal Muharam yang membahagiakan. Semalam dapat kerja menulis lagi. Sudah kali kedua mendapat tugasan menulis artikel.

Semoga ini permulaan tahun yang baik - baik dan baik dalam perjalanan karier menulis buat saya dan anda semua.

Dahulu saya risau jika tawaran saya ditolak klien. Sekarang saya tak risau lagi apabila klien sendiri yang datang mencari saya untuk mendapatkan khidmat menulis saya."

"Rezeki perkataan menjadi pendapatan."

Alumni, Izzat Ibrahim, ghostwriter penulisan artikel untuk bisnes, blog, individu dan organisasi.

"Saya sudah pun menawarkan perkhidmatan ghostwriting dalam tiga padang berbeza. 

Menulis kisah hidup, tip dan teknik serta menyediakan status Facebook untuk individu dan bisnes yang mahu membina imej dalam pasaran."

"Pada masa sama semakin arif tentang cara-cara untuk 'pitching' dan 'closing' pelanggan. Malah tahu menentukan harga pasaran bagi menjalankan perkhidmatan ini," kata dia lagi.

Bohonglah jika dia mudah sahaja dapat tawaran daripada prospek.

Selepas bengkel, cubaan awal dia pernah ditolak.

Ada juga yang diam selepas susulan.

Tetapi kemahiran yang ada menjadikan Izzat melantun semula.

Apa yang manis, dia menggunakan maklumat dalam bengkel dan mula mencipta kerja menulis satu persatu.

Tuan Izzat Ibrahim menambah, "Projek pertama menjadi ghostwriter saya membayar yuran sepanjang pengajian Master. Kemudian projek menulis yang kedua menjadi belanja bulan-bulan. Saya mengumpul daripada projek penulisan ketiga untuk majlis perkahwinan saya."

9 Formula Diberi Dalam Masterclass Ini


Modul Cari Kategori

Pilih pasar kecil dan pasar besar

Peserta akan mendapat senarai panjang jenis-jenis pasaran penulisan yang dapat dijadikan tapak bisnes perkataan. Serendah sepuluh ringgit sehingga lima angka.

Modul Kuasai Format

Menguasai format asas kategori duit besar

Peserta belajar beberapa format asas dalam penulisan untuk beberapa kategori yang menjadi carian klien.

Modul Pasarkan Diri

Cara dilihat mahal walaupun baru

Membina kempen persepsi positif dan dilihat malah oleh klien. Sehinggakan klien bersedia memberi projek pertama mereka kepada anda.

Modul Pilih Klien

Formula pilih dan tolak pelanggan

Bukan semua klien mesti menjadi sumber projek yang kita mahukan. Ditunjukkan cara memilih, menolak klien yang akan memudahkan kerja ghostwriter.

Modul Negosiasi Harga

Amalkan formula nilai patut

Bagaimana membuat sebut harga asas kepada klien sehingga tidak membebankan diri dan menerima projek lagi dan lagi.

Praktikal Kes

Rasakan situasi sebenar ghostwriter

Tiga jenis pasaran ghostwriter diberikan dalam bentuk kes. Peserta akan melalui sendiri dan melihat hasil daripada amali.

Contoh Kontrak

Cara membina perjanjian dipersetujui bersama

Elemen-elemen penting yang perlu ada dalam perjanjian antara ghostwriter dan klien dan cara mendapatkan deposit pertama.

Grup Premium

Tertutup untuk peserta

Grup di bawah ghostwriter kelas A bagi membantu memberi khidmat nasihat kepada peserta selepas bengkel.

*Tempoh terhad

Projek Ghostwriting

Tawaran kepada peserta berkualiti

Semakin banyak klien mencari ghostwriter. Peserta yang berkualiti akan ditawarkan projek tertentu di bawah pemantauan mentor dan pengurusan.

 

*Tawaran selektif

"Menulis untuk orang bisnes & VIP"

Alumni, Tuan Lutfi Lokman. Ghostwriter untuk Facebook, laman web dan blog

Saya menerima projek ghostwriting dalam penulisan artikel seperti posting di Facebook.

Saya juga menulis di laman-laman web dan juga blog. 

Selepas menghadiri bengkel ghostwriter baru-baru ini, pertamanya ia benar-benar membuka mata saya tentang dunia ghostwriter.

Sebelum ini hanya sayup-sayup kedengaran di pengetahuan saya

Kini, saya menjaga dua page personal VIP dan membuat update status mereka setiap hari dengan idea saya sendiri dalam membina kredibiliti buat client selama 6 bulan.

Saya juga dalam proses untuk menyiapkan sebuah penulisan buku berbentuk motivasi perniagaan yang diilhamkan oleh VIP itu sendiri.

Yuran Profesional

*Mendaftar sahaja hari ini mendapat POTONGAN RM390 sebagai ganjaran bertindak awal.

Siapakah Pembimbing Profesional?


Iera Yusof

Merupakan ghostwriter kelas A

Membina rangkaian bisnes perkataan sebagai ghostwriter serendah RM10 sehingga RM 50,000 dan lebih.

Mahir memilih, menyaring dan menjadikan nilai kerja dipandang mahal pada mata pelanggan. Pernah mengasaskan rumah penerbitan majalah dan mengetuai bahagian komunikasi korporat.

Puan Iera meletakkan jawatan, memilih menjadi ghostwriter sebagai cara membeli kebebasan masa kerana keluarga. Kata Iera, "Keluarga dapat merasa air tangan (masakan) saya setiap hari. Saya masih hasilkan lima angka daripada projek penulisan ghostwriter. Sekarang tak cukup tangan."

Menjadi ghostwriter novel, dokumen rasmi, buku, media sosial dan kertas kerja serta laporan yang dimahukan klien.

Adam Eva

Lelaki ini dicari oleh klien kerana kualiti kerja. Bergerak atas nama Adam Eva, dia  menguruskan 162 orang ghostwriter separuh masa dan sepenuh masa di Malaysia.

Bagi membantu klien, dia mencipta proses saringan ghostwriter agar klien mendapat penulis yang berkualiti. Para klien yang mencari beliau terdiri daripada pengusaha bisnes, pengendali blog, pakar bidang dan individu berprofil tinggi.

Kata Adam, "Saya tidak main-main dengan kehendak klien, kita latih, tapis dan berikan kepada mereka yang terbaik."

Beritahu kawan-kawan, klik butang share di bawah